English
|
Bahasa Malaysia
   

Apa itu Gamat?

Gamat Emas adalah sejenis gamat laut yang agak lebih menarik, di mana ia jarang dapat dilihat di dasar laut terbuka. Walaupun boleh di klasifikasikan di bawah ‘holothurians’, tidak seperti kebanyakan gamat yang lain, spesis laut ini sangat kaya dengan ‘mucopolysaccharides’ dan ‘chondoritins’ dan tisu-tisu lembut lain yang menyerupai rawan lembut, menjelaskan fakta yang ia akan menjadi cair apabila terdedah kepada cahaya matahari. Analisis kami juga menunjukkan yang ia kaya dengan nutrisi semulajadi yang lain. seperti protein, vitamin-vitamin A dan C, thiamine, riboflavin, niacin, zat besi, mangan, kalsium, magnesium dan zink.

Gamat Emas dikenali secara meluas di kalangan orang Melayu di Malaysia sebagai penyembuh luka. Ketakjuban penduduk kampung terhadap alam semulajadi dan mengaut faedah darinya, nyata berpegang teguh kepada kepercayaan yang gamat emas adalah penawar yang sempurna untuk luka-luka, kudis, sakit-sakit, dan kudis dan keradangan.

HEALIN GAMAT adalah satu produk hasil dari penyelidikan intensif yang dijalankan secara usahasama oleh sekumpulan ahli farmasologi Malaysia dari Universiti Malaya dan Universities of Nihon and Kyoto,Jepun yang mendedahkan bahawa ekstrak Gamat mengandungi bahan aktif dengan mekanisme tindakan. Penyelidikan lanjutan yang dijalankan di Jepun telah menemui keberkesanannya dalam mempertingkatkan sistem imun badan terhadap berbagai jenis penyakit, mempercepatkan pembentukan semula sel-sel biologi, tulang, kolajen dan mempermudakan sel-sel kulit.